Banyak yang ingin dikongsi disini, tetapi, kita layan dulu slide show gambar-gambar menarik sepanjang percutian aka Family Day Warisan Salamiah. Enjoy!!
Day 1 (19.12.08)
- Bertolak dari rumah masing2
- Tiba di A'Famosa Resort pada pukul 4 petang & Pendaftaran, Minum petang.
- 5 petang, Aktiviti bebas, beli pelampung & mandi manda di swimming pool.
-8 malam, dinner serta taklimat.
-9 malam, sukaneka & permainan (Dam Haji, Dam ular, Main Getah, Nintendo Wii)
- Tidooooo
Day 2 (20.12.08)
- 8 pagi sarapan
- 9 pagi melancong ke Kota Melaka (Aktiviti Bebas)
- 3 petang kembali ke Resort untuk lunch & Rehat
- 5 petang Aktiviti bebas (Mandi kolam lagi....)
- 8 malam, aktiviti keluarga, mesyuarat, perbentangan budget.
-9 mlm , penyampaian hadiah & anugerah.
- Tidoooo
Day 3(21.12.08)
- 8 pg, sarapan
- 9 pg, aktiviti bebas & mandi lagi (asyik mandi ajer.....)
- 11, pack2 barang & pulang
Sunday, December 21, 2008
Cuti-cuti Melaka 2008
Posted by norshafiza at 2:46 AM 0 comments
Labels: Family Activities
Belanjawan Terkini - Dec 2008
Alhamdulillah... Kami sekeluarga telah selamat sampai ke kediaman masing-masing setelah menghabiskan masa bersama ahli keluarga WS (Warisan Salamiah) selama 3 Hari 2 Malam di Melaka. Sebelum saya meng'update' gambar-gambar yang telah diambil sepanjang percutian tersebut, ingin saya bentangkan belanjawan terkini untuk percutian kali ini.
*catatan : debit kepada En. Fendi sebanyak RM180 adalah untuk bahan mentah seperti ikan, sayur, beras dll.
Posted by norshafiza at 2:46 AM 0 comments
Labels: Status Kewangan
Friday, December 5, 2008
Update : Melaka Trip (19.12.08 - 21.12.08)
Disebabkan oleh beberapa masalah teknikal, trip percutian keluarga ke Telok Batik tidak dapat diteruskan, dan akan digantikan dengan percutian keluarga ke A' Famosa Resort Melaka.
Keluarga yang telah mengesahkan ketidakhadiran ialan keluarga En. Latifi & Pn Reena.
Posted by norshafiza at 2:57 AM 0 comments
Labels: Family Activities
Saturday, November 22, 2008
Majlis Pertunangan Nini - 11 Oktober 2008



Posted by norshafiza at 11:35 PM 0 comments
Labels: Cerita bergambar
Raya 2008
Posted by norshafiza at 11:06 PM 0 comments
Labels: Cerita bergambar
Sunday, October 19, 2008
HCMC Revisit - 19 Jul 08
Part of our family have revisited HCMC for business purpose. The participants are Pn Hjh Paridah bt Kasim, Cik Noorliza Kassim, Cik Hanizam Kassim, and Siti Nurhaida Khairuddin.
Posted by norshafiza at 7:01 PM 0 comments
Labels: Family Activities
Saturday, October 18, 2008
Majlis Pertunangan Ira, Kuantan - 03 May 08
Majlis pertunangan puteri sulung kepada En Rosli dan Pn Zaleha iaitu Ira telah diadakan pada 03.05.08. Tiga buah kereta dari keluarga Pn Hjh Salamiah, nendanya, telah mertolak dari Banting Selangor pada 02.05.08. Majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, dan keluarga dari Banting tidak melepaskan peluang untuk meronda-ronda di sekitar Kuantan. Antara tempat yang dilawati ialah, Muzium Sg. Lembing, Bandar Kuantan (membeli keropok), dan Pantai Telok Chempedak.


Posted by norshafiza at 11:43 PM 0 comments
Labels: Cerita bergambar
Templer Park Apr 08

Pada bulan April 2007, sebahagian daripada keluarga Warisan Salamiah telah membuat kunjungan ke Templer Park, Rawang. Idea yang dicetuskan oleh Th Hj Khairuddin ini bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli keluarga untuk berehat dan bersantai sambil menghirup kesegaran udara dan menikmati kehijauan kurniaan Allah s.w.t disini. Anak-anak kecil, Aisyah, Syazwan, Adam dan Ayub tidak ketinggalan untuk bermandi-manda di anak sungai yang terdapat di kawasan ini.


Posted by norshafiza at 11:20 PM 0 comments
Labels: Cerita bergambar
Status Kewangan Tabung Warisan Salamiah
Sehingga pada hari ini, dua orang penaung utama Warisan Salamiah telah membuat perasmian kepada tabungan. Mereka ialah Tn Hj Khairuddin Jauhar dan Pn Hjh Salamiah sendiri. Terima Kasih diucapkan diatas sumbangan yang telah diberikan.
Untuk ahli-ahli yang belum membuat pembayaran, anda boleh membayar kepada Bendahari sehingga 30 November 2008. No. akaun Bendahari akan dikemaskinikan di dalam Laman Blog ini pada satu jangkamasa terdekat untuk memudahkan pembayaran secara online. Terima Kasih.
Posted by norshafiza at 10:03 PM 2 comments
Labels: Status Kewangan








